Wednesday, August 21, 2013

dah lama sgt x update blog...rindu plok

assalamualaikum mis blog...

lamanya syu x update blog..rindu sgt2..bkn apa.nampak sgt semakin bz dgn tugas seorang guru...sampai x terkejarkan segala deadline..hari ni rasa lapang sket sebab 70 % tugasan dpt disiapkan...rindu jgk dkt twins...sabarlah duhai hati..xlama lg mungkin dpat pembantu n ble la twins duk ngan mama n ayah kembali...x sabar tunggu saat itu..

sekarang dah masuk 23weeks with my 3rd pregnancy..baby dalam perut sangat2 aktif..sama macam time mengandung twins dulu..tp kali ni bukan twin( belum scan nk tgk gender lg)...dah ada sepasang ni...so x kisah..boy or girl..semoga sihat dan dipermudahkan segalanya.x sabar dah akak n adik nak main2 ngan baby :)

Thursday, January 3, 2013

erti pengorbanan sebenar bila anak ditinggalkan bersama datuk dan nenek di kampung

hi miss blog,


entry pertama di tahun baru. dan sesungguhnya, saat ini diri sgt rindu dgn kedua2 anak2 ku...semoga ada keberkatan di sebalik perpisahan dan pengorbanan kita sekeluarga.

Ramai teman yang mempertikaikan keputusan diri ini meninggalkan anak2 di kg untuk dijaga oleh nenda mereka. Tetapi, setelah perbincangan sedalam2 nya (deep discussion ) with encik suami, akhirnya kata putus diambil.

Masih teringat mama menangis2 semasa menyatakan betapa beratnya hati meninggalkan mereka. Bimbang, kasih sayang mereka beralih dan bimbang mereka menyalahkan ayah dan ibu suatu hari nanti.

Namun, ada pendapat bijaksana dari encik suami dan sahabat berfikiran positif, lebih baik anak dipelihara oleh datuk dan neneknya, yang jelas2 termasuk dalam golongan yang tidak meninggalkan solat. Contoh yang baik untuk perkembangan akidah mereka.

Dan, abaikan suara2 sumbang .Mereka mungkin ingin melakukan yang sama namun tidak berpeluang.mungkin ayah dan ibu mereka sendiri yang surrender. Tidak untuk case syu, yang mana mak dan ayah yang bersungguh2 ingin twins bersama mereka.Sekurang2nya riuh rumah di kampung dan terisi masa luang mereka.


Ada juga syu suarakan, mcamana dgn ibadah mak?Sempat ke mak melakukan ibadah sunat yang selalu dilakukan? Tidak kah mengganggu solat dhuha dan bacaan quran mak nanti. Jawab mak, ,twins dah smakin bijak.dia tidak pernah lewat dan tertinggal amalan rutinnya.


Ya Allah, jadikanlah perpisahan dan pengorbanan kami anak beranak serta ibu dan ayahku suatu yang bermanfaat dan berikan kami ganjaran pahala dan syurgaMu ya Allah.Kurniakan ibu dan ayahku kekuatan serta kesihatan yang baik dan limpahkan pandangan kasihmu kepada mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa ku kecil.Amin