Sunday, May 3, 2015

weekend yang panjang

assalamualaikum miss blog,
twins dah minat g skol... siapa yang cakap tadika kemas tu asyik menyanyi je...ermm...pendapat yg 50-50..sebab apa syu cakap mcm tu? sbb ye mmg betul twins balik asik menyanyi..tapi menyanyi phonic song ( yg ni mama dah ajar dorg dari umur 3 thn lg..so dorg x blur sgt),nursery rhymes n dorg dah pandai baca doa baca al quran..Alhamdulillah..yang paling best, ariel yg dulu asik mnangis bila nak g skol ( almost a month jgk buat perangai)
sekarang dia bangun every hour tanya "dah nak g school ke,Mama?"
bangun punya lah senang n 6.30am mmg dah tune bangun mandi sendiri, pakai baju sendiri, n mama tunggu solat subuh sama2..
Terima kasih Allah.

Minggu ni, cuti labour day n wesak day so..dorg dapat banyak homework..Oshin siap cakap " Hari ni banyak keje mama" dengan muka serious dok buat keje..x tengok muka mama pun..huhuhu

Actually hari2 pun ada homework sampai mama yang cikgu ni pun malu alah dgn Tadika Kemas ni. (mama x kasi keje sekol sgt kt students sbb frust bila dorg x siapkan homework yg diberi..so most of the works siap dlm kelas jugak).Alphabets mmg dorg dah master with neat handwriting sekarang dah mula membaca 2 suku kata..2 syllable...ba ba, ba ca , gi gi , da gu...etc..

leganya bila anak dh boleh membaca sebab ramai bdk djh 1 skrg yg blum boleh membaca.Sebenarnya, parents main peranan yg besar.
Macam syu, kalau tulisan twins truk..syu aka suruh padam dan buat semula .. sampai menangis2 si Aril la slalunya...tapi now hasilnya..tulisan Aril lg cantik dari oshin :)Alhamdulillah .
Semoga terus rajin ke sekolah ye anak2 mama yang tersayang.

Tuesday, February 10, 2015

happy 5 th birthday my lovely twins-amandariel


Assalamualaikum...n hi...


Selamat hari jadi yang ke-5 untuk sayang sayang mama..oshin n ariel.dah besar anak2 mama yang cantik n ensem ni.
Mama doakan anak2 mama selalu dilindungi dan dirahmati dengan kesihatan yang baik,akhlak terpuji,kepintaran akal fikiran dan sudah semestinya menjadi hafiz dan hafizah AlQuran.Besar harapan mama n ayah untuk melihat anak2 mama ni membesar dengan baik dunia dan akhirat.Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua.Aamin.

Saturday, January 24, 2015

Twins@Tadika Kemas

Assalamualaikum miss blog,

Twins dh mula bersekolah.Last 2 years arwah tokwan n nenek dah survey tadika ni tp by that time dorg masih on diapers.Xdpt tokwan nak tgk cucu2 dia skola..xperla..mama n ayah sambung hasrat tokwan ye sayang2.Kiranya da 3 minggu ni dorg skol..minggu pertama,ariel nangis je kene tinggal paksa masa pg2..minggu kedua,mama kimi@kuyah hantar,elok plk x nangis.sngaja je dorg ni agaknya.Dorg buat prangai kalau mama n ayah antar..huhuhu..mama plak style kalau tgk anak nangis mula la gelisah kat tpt keje.Hati seorang ibu yg ciwek...:p


Selamat datang tahun 2015.Selamat tinggal tahun kesedihan 2014

Assalamualaikum miss blog,

Perasan x syu xhapdet blog for 2014? Im not in da mood..really...tahun kesedihan untuk syu n family.Ayahanda kesayangan bertarung dengan sakit misteri dan pergi menghadap Ilahi tanggal 5 September 2014,hari Jumaat ayah dipilih untuk bertemu sebaik baik Pencipta.Sesungguhnya hingga ke saat akhir syu nanti...syu akan merindui ayah.Baru syu tahu ini rupanya perasaan orang yang kehilangan ayahanda.Tunggu syu di syurga ,ayah.Itu kata-kata terakhir yang syu bisik semasa mencium dahi sejuk ayah.

Kesedihan tu bermula selepas syu melahirkan anak bongsu..baby zara pada penghujung tahun 2013.Kesian zara,dia lahir tokwan sakit .xdpt dia berkongsi kasih sayang tokwan macam kakak n abang dia.Xpe la sayang..nanti kita jumpa tokwan dalam syurga Allah.

Ok..nak terus berjuang sekejap.nanti sambung lagi k..btw..syu dh posting skol br...