Monday, August 13, 2012

Syawal yang ku ingini

hi miss blog, i was sooo sad last nite. it was when i knew that my eldest sis won't join us this Eid..again...for the 2nd time... sometime, i wonder why do these people still cant appreciate what they have. Bukankah memiliki keluarga bahagia dan ibu dan ayah yan g terlalu menyayangi kita suatu anugerah yang tidak terhingga? ada di kalangan kita di luar sana, tiada ibu dan ayah untuk bersama di pagi lebaran, lantaran mereka telah meninggal dunia. Sayu hati tatkala mendengar takbir raya dan kerinduan bersalam memohon keampunan ayah bonda pasti terasa. Alangkah ruginya andai kita yang masih memiliki insan2 terhebat dalam hidup kita ini tidak merebut pluang yang diberi. Allah masih memberi kita kesempatan agar dapat kita berbakti kepada keduanya.. wahai akak serta adik2 ku yang sgt kusayangi, selagi ada masa dan ruang, berusahalah kita buat mak dan ayah gembira kerana merekalah punca keberkatan hidup kita. Andai sebelum ini, dan selepas ini hidup kita terasa kesempitan bermakna ada kekurangan diri kita samada dari segi ibadah kita terhadap Allah ataupun hubungan kita sesama manusia lebih2 lagi dengan ibu ayah tercinta. Semoga anak2 mama, Oshin dan Ariel Putra tidak tergolong dalam golongan mereka yang tidak mensyukuri nikamat yang diberi Allah ..Renungkan.

No comments:

Post a Comment