Friday, August 17, 2012

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Hi miss blog,

Alhamdulillah , selamat tiba di kampung halaman tercinta. Seronok rasa nak menyambut Aidilfitri dgn family tersayang .

Selepas sahur tadi, tengah dok berborak dgn mak...tetiba angin sepoi2 bahasa
( pintu rumah mmg biasa mak bukak kalau nk dkt subuh, biar rezeki masuk katanya :)...pernah terbaca tanda2 lailatul Qadar, suasana tenang dan menyenangkan dan langit seakan kemerah-merahan... eh..adakah kami sekeluarga telah dpt berjumpa dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan ni?

kalau betul, Alhamdulillah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami yang telah lalu dan juga yang sedang berlaku.

Ingin berkongsi catatan blog konsa-kongsi tentang tanda-tanda malam lailatul kadar
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:


1) Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

2) Isnin - 21 Ramadhan

3) Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan

4) Khamis - 25 Ramadhan

5) Sabtu - 23 Ramadhan


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.



Tanda-tanda Lailatul Qadar


Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Dan juga sumber dari Aizuddin.com juga tentang tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:


1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:


“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya

Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:


“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

3. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:


Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

4. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:


Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.



Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:



Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.


Doa syu, agar anak2 menjadi anak-anak solehah, sihat, pintar dan mempunyai akhlak seindah akhlak Rasulullah SAW. Teringin nak tengok anak2 menjadi hafiz dan hafizah Al-Quran.





Professor Dr Muhammad Zariel Aiman bin Zaiful Anuar




Dr Nur Zurien Amanda binti Zaiful Anuar










InsyaAllah. Doa Mama, Ayah, Nenek, Wan akan mengiringi perjalanan hidup kalian .Amin

No comments:

Post a Comment