Sunday, May 3, 2015

weekend yang panjang

assalamualaikum miss blog,
twins dah minat g skol... siapa yang cakap tadika kemas tu asyik menyanyi je...ermm...pendapat yg 50-50..sebab apa syu cakap mcm tu? sbb ye mmg betul twins balik asik menyanyi..tapi menyanyi phonic song ( yg ni mama dah ajar dorg dari umur 3 thn lg..so dorg x blur sgt),nursery rhymes n dorg dah pandai baca doa baca al quran..Alhamdulillah..yang paling best, ariel yg dulu asik mnangis bila nak g skol ( almost a month jgk buat perangai)
sekarang dia bangun every hour tanya "dah nak g school ke,Mama?"
bangun punya lah senang n 6.30am mmg dah tune bangun mandi sendiri, pakai baju sendiri, n mama tunggu solat subuh sama2..
Terima kasih Allah.

Minggu ni, cuti labour day n wesak day so..dorg dapat banyak homework..Oshin siap cakap " Hari ni banyak keje mama" dengan muka serious dok buat keje..x tengok muka mama pun..huhuhu

Actually hari2 pun ada homework sampai mama yang cikgu ni pun malu alah dgn Tadika Kemas ni. (mama x kasi keje sekol sgt kt students sbb frust bila dorg x siapkan homework yg diberi..so most of the works siap dlm kelas jugak).Alphabets mmg dorg dah master with neat handwriting sekarang dah mula membaca 2 suku kata..2 syllable...ba ba, ba ca , gi gi , da gu...etc..

leganya bila anak dh boleh membaca sebab ramai bdk djh 1 skrg yg blum boleh membaca.Sebenarnya, parents main peranan yg besar.
Macam syu, kalau tulisan twins truk..syu aka suruh padam dan buat semula .. sampai menangis2 si Aril la slalunya...tapi now hasilnya..tulisan Aril lg cantik dari oshin :)Alhamdulillah .
Semoga terus rajin ke sekolah ye anak2 mama yang tersayang.

Tuesday, February 10, 2015

happy 5 th birthday my lovely twins-amandariel


Assalamualaikum...n hi...


Selamat hari jadi yang ke-5 untuk sayang sayang mama..oshin n ariel.dah besar anak2 mama yang cantik n ensem ni.
Mama doakan anak2 mama selalu dilindungi dan dirahmati dengan kesihatan yang baik,akhlak terpuji,kepintaran akal fikiran dan sudah semestinya menjadi hafiz dan hafizah AlQuran.Besar harapan mama n ayah untuk melihat anak2 mama ni membesar dengan baik dunia dan akhirat.Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua.Aamin.

Saturday, January 24, 2015

Twins@Tadika Kemas

Assalamualaikum miss blog,

Twins dh mula bersekolah.Last 2 years arwah tokwan n nenek dah survey tadika ni tp by that time dorg masih on diapers.Xdpt tokwan nak tgk cucu2 dia skola..xperla..mama n ayah sambung hasrat tokwan ye sayang2.Kiranya da 3 minggu ni dorg skol..minggu pertama,ariel nangis je kene tinggal paksa masa pg2..minggu kedua,mama kimi@kuyah hantar,elok plk x nangis.sngaja je dorg ni agaknya.Dorg buat prangai kalau mama n ayah antar..huhuhu..mama plak style kalau tgk anak nangis mula la gelisah kat tpt keje.Hati seorang ibu yg ciwek...:p


Selamat datang tahun 2015.Selamat tinggal tahun kesedihan 2014

Assalamualaikum miss blog,

Perasan x syu xhapdet blog for 2014? Im not in da mood..really...tahun kesedihan untuk syu n family.Ayahanda kesayangan bertarung dengan sakit misteri dan pergi menghadap Ilahi tanggal 5 September 2014,hari Jumaat ayah dipilih untuk bertemu sebaik baik Pencipta.Sesungguhnya hingga ke saat akhir syu nanti...syu akan merindui ayah.Baru syu tahu ini rupanya perasaan orang yang kehilangan ayahanda.Tunggu syu di syurga ,ayah.Itu kata-kata terakhir yang syu bisik semasa mencium dahi sejuk ayah.

Kesedihan tu bermula selepas syu melahirkan anak bongsu..baby zara pada penghujung tahun 2013.Kesian zara,dia lahir tokwan sakit .xdpt dia berkongsi kasih sayang tokwan macam kakak n abang dia.Xpe la sayang..nanti kita jumpa tokwan dalam syurga Allah.

Ok..nak terus berjuang sekejap.nanti sambung lagi k..btw..syu dh posting skol br...

Monday, August 18, 2014

Baru dapat result Cambridge Placement Test..after 2 years

Miss blog,
This is my 1st entry in 2014...hmm...quite some time...tahun yang penuh dengan dugaan.
Ayahanda tersayang sakit sejak December...with my new baby girl dan banyak lagi kekngan.
Apapun,akhirnya...dapat jugak result yang ditunggu tunggu.
Result kenaikan pangkat dg41 dan result Cambridge Placement Test.
Alhamdulillah..syukur.Benarlah janji Allah..di setiap kesusahan pasti ada kesenangan.
Terima kasih Ya ALLAH..dapat kenaikan pangkat sama dengan en suami...
berita gembira seterusnya yang ditunggu2 ialah ayahanda Abdul Rashid kembali sihat dan nak tunaikan umrah.

Wednesday, August 21, 2013

dah lama sgt x update blog...rindu plok

assalamualaikum mis blog...

lamanya syu x update blog..rindu sgt2..bkn apa.nampak sgt semakin bz dgn tugas seorang guru...sampai x terkejarkan segala deadline..hari ni rasa lapang sket sebab 70 % tugasan dpt disiapkan...rindu jgk dkt twins...sabarlah duhai hati..xlama lg mungkin dpat pembantu n ble la twins duk ngan mama n ayah kembali...x sabar tunggu saat itu..

sekarang dah masuk 23weeks with my 3rd pregnancy..baby dalam perut sangat2 aktif..sama macam time mengandung twins dulu..tp kali ni bukan twin( belum scan nk tgk gender lg)...dah ada sepasang ni...so x kisah..boy or girl..semoga sihat dan dipermudahkan segalanya.x sabar dah akak n adik nak main2 ngan baby :)

Thursday, January 3, 2013

erti pengorbanan sebenar bila anak ditinggalkan bersama datuk dan nenek di kampung

hi miss blog,


entry pertama di tahun baru. dan sesungguhnya, saat ini diri sgt rindu dgn kedua2 anak2 ku...semoga ada keberkatan di sebalik perpisahan dan pengorbanan kita sekeluarga.

Ramai teman yang mempertikaikan keputusan diri ini meninggalkan anak2 di kg untuk dijaga oleh nenda mereka. Tetapi, setelah perbincangan sedalam2 nya (deep discussion ) with encik suami, akhirnya kata putus diambil.

Masih teringat mama menangis2 semasa menyatakan betapa beratnya hati meninggalkan mereka. Bimbang, kasih sayang mereka beralih dan bimbang mereka menyalahkan ayah dan ibu suatu hari nanti.

Namun, ada pendapat bijaksana dari encik suami dan sahabat berfikiran positif, lebih baik anak dipelihara oleh datuk dan neneknya, yang jelas2 termasuk dalam golongan yang tidak meninggalkan solat. Contoh yang baik untuk perkembangan akidah mereka.

Dan, abaikan suara2 sumbang .Mereka mungkin ingin melakukan yang sama namun tidak berpeluang.mungkin ayah dan ibu mereka sendiri yang surrender. Tidak untuk case syu, yang mana mak dan ayah yang bersungguh2 ingin twins bersama mereka.Sekurang2nya riuh rumah di kampung dan terisi masa luang mereka.


Ada juga syu suarakan, mcamana dgn ibadah mak?Sempat ke mak melakukan ibadah sunat yang selalu dilakukan? Tidak kah mengganggu solat dhuha dan bacaan quran mak nanti. Jawab mak, ,twins dah smakin bijak.dia tidak pernah lewat dan tertinggal amalan rutinnya.


Ya Allah, jadikanlah perpisahan dan pengorbanan kami anak beranak serta ibu dan ayahku suatu yang bermanfaat dan berikan kami ganjaran pahala dan syurgaMu ya Allah.Kurniakan ibu dan ayahku kekuatan serta kesihatan yang baik dan limpahkan pandangan kasihmu kepada mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa ku kecil.Amin







Tuesday, November 6, 2012

School end 2012, but my happiness begin..yes

hi miss blog,

happy blog entry right? x sabar nak balk jumpa my beloved twins n nak bwk dorg blk KLIA..hooreeyyyy...n masa utk potty train my twins. get ready mummy n daddy.


Monday, November 5, 2012

pengorbanan

hi miss blog,
tajuk entry kali ni is pengorbanan. Kenapa ek? Mungkin sbb hati ini dh terlalu rindu dkt twins yg kat kg tu. dh dkt 2 minggu x jumpa.. mummy ble gila... huhuhu...hanya gambar pengubat rindu. Semoga menjadi anak2 solehah dan soleh pengubat hati ayah dan mummy


Tadi masa call ayahanda, mummy dengar suara Ariel Putra tengah menyanyi riang. Oh, mesti dia hepi sgt duduk dgn tokwan n nendanya. Apakah ini petanda, mummy n ayah x ble ambik akak n adik duk kat KLIA? janganlah macam tu..mummy dah rindu nak dukung kalian berdua, main kejar2 sama sama, lawan sape cepat abiskan ayam goreng..hahaha.. n berebutkan bantal bucuk yang kebetulan warna sama..oh..x sabar nye rasa nak balik ambik akak n adik duk skali mcm dulu. Apapun terima kasih x terbalas jasa dan pengorbanan tokwan n nenda menjaga kalian hingga kalian besar sihat sekarang. Pengorbanan mummy n daddy yang balik hampir setiap minggu. Pengorbanan auntie2 n uncle hafiz yang banyak mebantu menjaga kalian saat tokwan sibuk dgn ikan bakarnya n nenek sibuk di dapur menyediakan menu untuk menggemukkan keluarganya
( masakan mak memang TERBAEKKKK ).. dan yang paling hebat, PENGORBANAN anak2 mummy yang cerdik pandai NUR ZURIEN AMANDA dan MUHAMMAD ZARIEL AIMAN yang terlalu memahami kesulitan ini. Semoga Allah membalas setiap pengorbanan ini dengan ganjaran SYURGA abadi. Ameen

Monday, October 29, 2012

ubat stress akakkkk

hi miss blog,

im in the middle of doing the online keyin marking system.and it s hang...or corrupted or whatever term is it.Duedate...TOMORROW! what the #4@1!3@1312#123 hahaha..so i have a glimpse at these cute packaging....sold by one of my officemate...OREO ICE CREAM....yummy..i like the taste..really..it suits my stress lol.

Tuesday, October 23, 2012

Doaku PadaMu Ya Allah


24 Oktober 2012 ( nukilan si akal saat sang hati sedang berdukalara )





Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunkan segala keterlanjuran diri,
Selalu mengeluh akan kekurangan diri,
Disaat aku rasa rindu bertemu,
Ada satu rasa lain yang membelenggu.
Kau Jauhkan rasa itu dari dalam diriku.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Terimalah segala taubatku,
Terimalah segala ibadatku,
Sesungguhnya,aku perlukan hidayah dan redhaMu,
Perkuatkan lah hati,iman dan taqwaku,
Dalam menempuh segala ujian darimu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jadikan diriku isteri dan anak yang solehah kepada suami dan kedua ibu bapaku,
Jadikan diriku seorang ibu yang muaddib dan dapat membimbing anak anak serta keluargamu menuju JannahMu,
Jadikan diriku seorang guru yang dapat menjadi pemudah cara kepada anak anak didikku dalam menuntut ilmu,
Jadikan diriku insan yang diredhai dan diberkati.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Janganlah kau jadikan aku seorang yang takbur dan menghampiri kejahatan.
Lindungi diriku Ya Allah.
Limpahkanlah pandangan kasih dan rahmatMu kepada ku Ya Allah.

Sesungguhnya, diri ini terlalu lemah. Namun aku tahu, Engkau selalu ada saat aku memerlukan.Terima kasih Ya Allah.

Thing positive..easy said than done

hi miss blog, today,mud nak upload pic..kita enjoy!








Monday, October 22, 2012

finally...i got it

hi miss blog,

just wanna share u my best moment this year..im graduated finally..from UPM, Bachelor in English Literature ..thanx to my lovely baby a.k.a my husband, my parents ( without your prayer who am i? ), my coursemates Nancy Chok Lee Lin, Azleena Ahmad , Nik Norazmayati, Thayabaran, Lila Suhara ( ini la klik masa F2F ..yang mana syu slalu ponteng...:P ) and not forgotten my lovely twins, ( sian oshin jatuh longkang pulak hari mummy konvo.....ariel plak..kene astma blk klia.. ciannnn anak mummy) Semoga anak-anak mama dapat sambung blajar over the sea... Universiti Madinah mungkin.Amin


Monday, October 8, 2012

Cambridge Placement Test, we r gud @ it

Hi miss blog,
tajuk entry cam riak je....bukan apa..akhirnya, terbukti jgk kami di sk klia ni menepati standard piawaian untuk guru2 bahasa Inggeris..standard nak masuk Cambridge dah lulus, so xkan xder apa 2 nak bagi.paling koman pun, bagilah kami ni cert ... nak buktikan ...dunia skrg ni,apa2 pun perlukan evidens, nanti kat akhirat x payah susah2 nak bodek or whateva, semuanya akan dipertontonkan life...lagi hebat ciptaan Yang Maha Kuasa.

Apapun, syu x kisah apapun pandangan masyarakat tentang tahap guru sekarang. Yang penting, syu dah jalankan tugas semampu yang boleh. Walaupun banyak dugaan ( students attitude become worst bila ada program Guru Penyayang ), n ditambah tugas2 luar bidang seperti kantin bersih ( sepatutnya pengusaha kantin la yang cantikkan kantin,cikgu pulak kene kerahan tenaga ), n tandas cantik ( adei,cleaner pn x tolong)..rasanya 2012,kualiti tahap pnp (istilah terbaru pdp ) jatuh ke tahap merudum.

Janganlah kekurangan diri ini, dihukum kepada anak-anak murid kesayangan. Maafkan teacher x mampu untuk fokus lagi didalam kelas saat diri ini diterjah dengan pelbagai tugasan luar.Maafkan teacher :(..siapa yang perlu menanggung kesalah ini sdgkan bukan diri ini yang memilih untuk terlalu sibuk sehingga tugasan mendidik terpaksa diabaikan apabila hendak menyiapkn fail-fail dan meeting adhoc. Hanya guru pelaksana dasar yang memahami. Maafkan kami. Taecher halalkan ilmu teacher untuk semua.Semoga kalian berjaya diluar sana.Amin

Sunday, October 7, 2012

hidup memerlukan pengorbanan

hi miss blog,

hari ni sdih hati ni bila ada konflik sket dgn ayahanda...hmm...nak tunggu dia cooldown bkn sng,so sbgai anak,syu kene merendahkan ego syu serendah2nya..xperla..janji dia xmarah lagi..im so affraid of living in a life without bless..minta dijauhkan dari menjadi anak derhaka....Amin

last few days, bila call twins asik mnangis jer...maybe petanda dah sampai masa syu n hubby jaga twins kot. but i still need help.maybe i have to find a new maid.
sian dorang mnangis sbb berebutkan hp nenda..erm..nak kene bli hp sorg satu kot bt sng nak call..sape x syg anak kan, sbb tulah kene tinggalkan dorg kat kg for a while untuk kesihatan dorg jgk. kalau duk klia,asik sakit2....dok ngan my parents, ok plak..segar bugar ( just like mummy diorang...:P )

apapun,harap2, ada kesudahan untuk episod mencari umah idaman ni..adei..dah macam Keluarga Iskandar plak ni.

Monday, October 1, 2012

Birthday surprised for my lovely baby

hi miss blog,

disebabkan kekecewaan melampau x dpt rumah idaman,maka dgn ini..hamba ingin menghabiskan wang deposit yang ada sebagai terapi diri ini.
Memandangkan my husband dah bjaya menjadi usahawan n birthday dia pun dalam 2 bln lagi, inilah masa utk survey dulu. Berikut ialah pilihan2 yang ada :

1) motor ....
kete dah blikan dulu utk dia...sbnrnya x suka la bli motor....sbb bahaya,
tp dia ada mentioned..senang nk bli groceries....stakat nak bli ikan pn nk
kena naik kete...parking susah katanya ..hmmm

2) kereta ....
kalau bli lagi, dah ble bkk used car...:P

3) watch ....
jam ksyangan dia ilang ..rasa2nya twin dah buang kat balcony luar....sian kat
dia

4) kelengkapan perniagaan satay baru yang semakin sukses...

jom pk2 kan ...:)

Kerenah nak beli rumah

Miss blog dearest,

these few days ,I have LEARNT a very good lesson.. which was. ...the old saying that said dont judge a book by its cover is always right. it happened to me indeed.

Nak beli rumah yang ada org baik kononnya iklankan di laman sesawang easy yang ramai org tengok. pergi tgk wakil tuan rumah, bkn main berakhlak mulia.... cakap tengoklah rumah dulu ... x perlu book. nanti sape yang berminat dia akan record ... hmm x abis2 nak record nama. tup2 bila call dia kata dah ada buyer. n bila tanya dia kata org tu dah book dulu. Adei.. apa punya orangla kan .... cakap x serupa bikin. walaupun redha, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya ... tapi ni lah lumrah kehidupan. selalu manusia menilai sesuatu dari penampilan luaran.

Mungkin malam tu kami husband n wife pakai tshirt jer.. n x naik BMW or MERC. dia x tahu yang pakai sederhana tulah tokey balak sbnrnya. Sebenarnya, siapalah wakil tuan rumah tu untuk menilai kami layak atau tidak embeli rumah tu.. walaupun tu rumah pakcik dia. Biarla ada etika berurus niaga sket.

Biarlah kita hina dimata manusia. tp jangan kita hina pada pandangan Allah Ya Rabbi.
Biarlah kita dibenci manusia di dunia. tapi jgnlah kita dibenci Allah di akhirat nanti. Yang pasti, syu yakin, ada hikmah tersembunyi. Mana tahu dalam masa terdekat, ada rumah yang lebih hebat dari rumah yang dah kami tgk mlm tu. InsyaALLAH...AMIN

Monday, September 10, 2012

Bisnes Baru Keluarga Cik Norma

Hi miss blog,

It's been 1 week now that my M.I.L tried a new menu to her food business which is SATAY. It s a Malaysian food and good for high-protein diet lover.

If you would like to try,u can gimme a call @ 0123460313. ( cheap rate among the others )


Monday, August 27, 2012

1 Airbus with their role-playing

Hi miss blog,
just wanna share my teaching experienced. Teaching 7 years-old kids to do role playing was quite a fun. The can use the language better in games rather than normal teaching methods.

Here is a lesson on 'SHAPES' topic with 1 AIRBUS class. I appointed good students to be the shopkeepers and the other students acted as customers. They were asked to buy the shapes and created a picture based on the shapes they got.


Here are the sentence structure that they might use;
a) May I have the blue triangle/
b) Here you are.
a) Thank you.
b) You are welcome.

The lesson went through successfully........( is that such a word?)

It was such a blessed to see the children finally speaking in English, as i made it mandatory for them to use that language or else they wont get the shapes that the wanted. Well done !








1 Cessna with me

Year 1 has already learnt about blogging !